Saham icapital.biz Berhad (ICAP) mengatasi prestasi MSCI Malaysia, S&P500 dan Nasdaq dalam tempoh satu dan tiga tahun dalam terma Dolar AS

Jika KLCI mencecah 3,000 mata dalam tempoh 3-5 tahun akan datang, saham ICAP akan menjadi lebih dua kali ganda


KUALA LUMPUR, 2 MEI 2024: 

Harga saham icapital.biz Berhad (ICAP, 5108), satu-satunya dana tertutup tersenarai di Malaysia, telah mengatasi prestasi Indeks MSCI Malaysia, indeks S&P500 dan Nasdaq dalam tempoh setahun dalam terma Dolar AS mulai 1 April, 2023, hingga 29 Mac 2024.

 

Sepanjang tempoh setahun itu, harga saham ICAP memberi pulangan 47.75%, manakala pulangan MSCI Malaysia (-0.98%) dan pulangan S&P500 dan Nasdaq masing-masing 27.86% dan 34.02%.

 

Sementara itu dalam tempoh tiga tahun, ICAP masih mengatasi prestasi tiga indeks yang lain, dengan pulangan 49.34%. Indeks MSCI Malaysia, S&P500 dan Nasdaq pula memberi pulangan (-17.58%), 32.26% dan 23.65% dalam tempoh tiga tahun tersebut.

 

Sehingga 29 Mac 2024, jumlah nilai aset bersih (Net Asset Value) ICAP berjumlah RM536 juta atau RM3.82 sesaham, berdasarkan 140 juta saham terkumpulnya.

 

Tan Teng Boo, Individu Yang Dilantik ICAP, berkata: “Siapa kata Malaysia bukan destinasi pelaburan yang baik? Ia lebih baik daripada melabur dalam Nasdaq. Ini tentang memilih aset Malaysia yang betul. Jika anda melabur dalam saham ICAP, tidak perlu risau tentang Ringgit,” katanya.

 

Tan, yang juga baru-baru ini dinamakan Profesor Adjung Universiti Teknologi Sydney (UTS) di Australia, kembali yakin dengan pasaran Malaysia semasa Hari Pelabur ICAP (ICAP Investor Day) pada 5 November 2023, kerana merasakan ia berada dalam satu perubahan baik.

 

Beliau berkata bahawa Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) bersedia untuk pasaran menaik yang berpanjangan dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, didorong oleh lantunan makro.

 

Tan meramalkan indeks KLCI mencecah 2,500 hingga 3,000 mata dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

 

Sekiranya itu berlaku, bagaimanakah harga saham ICAP, terutamanya memandangkan ia telah menunjukkan prestasi yang sangat baik dalam tempoh tiga tahun lepas?

 

Tan mempunyai dua senario untuk harga saham ICAP sekiranya KLCI mencecah 3,000 mata.

 

Pertama, Tan meramalkan nilai aset bersih ICAP meningkat dua kali ganda kepada RM7.86.

 

Jika harga saham ICAP bersamaan dengan nilai aset bersih sebanyak RM7.86, maka ini akan menjadi kenaikan sebanyak RM4.81 atau kenaikan 158% daripada RM3.05.

 

Dalam senario kedua, Tan mengatakan bahawa dari segi sejarah, nilai aset bersih ICAP telah mengatasi prestasi KLCI sebanyak 6% setahun.

 

“Oleh itu, jika KLCI meningkat dua kali ganda dalam tempoh lima tahun, nilai aset bersih ICAP akan menjadi RM10.19 pada masa itu.

“Dengan mengandaikan harga sahamnya didagangkan pada premium 10% kepada nilai aset bersih, harga sahamnya akan didagangkan pada RM11.21, iaitu kenaikan RM8.16 atau 267% daripada RM3.05,”

 

Tan menambah bahawa senario prestasi yang dinyatakan tidak termasuk sumbangan daripada dasar dividen inovatif ICAP.

 

Mengambil kira perkara ini akan melihat pulangan yang lebih tinggi untuk pemilik saham.

 

Dasar dividen inovatif ICAP telah diumumkan pada 29 September 2023, dengan matlamat untuk mengecilkan diskaun secara proaktif antara harga saham ICAP dan nilai aset bersih sesahamnya.

 

Ia dirumuskan seperti berikut: Kadar Asas 1% daripada nilai aset bersih ICAP sesaham, ditambah 8% daripada perbezaan antara harga saham ICAP dan nilai aset bersih. Tambahan 8% ini dirujuk sebagai Kadar Tambah Nilai. Secara ringkasnya, dasar dividen inovatif ini terdiri daripada agregat Kadar Asas 1% dan Kadar Tambah Nilai 8%.

***

Mengenai icapital.biz Berhad (ICAP)

icapital.biz Berhad adalah dana tertutup yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

Pengurus dana ICAP adalah Capital Dynamics Asset Management Sdn Bhd.

Objektif pelaburan utama ICAP adalah peningkatan modal jangka panjang bagi pelaburannya, manakala pendapatan dividen atau faedah daripada pelaburan ini adalah pertimbangan kedua.

Dana melabur dalam syarikat kurang nilai yang disenaraikan di Pasaran Utama dan Pasaran ACE Bursa Securities. Ia juga boleh melabur dalam deposit tunai dan sehingga 10% daripada nilai asetnya dalam syarikat tidak tersenarai.

Peruntukan aset Dana adalah fungsi falsafah pelaburan nilainya dan, boleh terdiri daripada 0% ekuiti hingga 100% ekuiti.

Dengan modal berbayar RM140 juta, Dana mempunyai bilangan saham tertunggak yang tetap. Ia tidak melakukan sebarang penempatan persendirian atau penerbitan saham baharu sejak penyenaraiannya pada 19 Okt 2005.


Dikeluarkan oleh: Sense Consultancy bagi pihak icapital.biz Berhad
Tarikh: 2 Mei 2024

Untuk pertanyaan media lanjut, sila hubungi:

Anthony Lee
Tel: +6012 338 3705
Email: anthony@leesense.com
Chen Ai Wei
Tel: +6019 335 0398
Email: aiwei@leesense.com