icapital.biz Berhad telah mengatasi prestasi Bursa Malaysia sekali lagi walaupun dalam keadaan yang tidak menentu

29 April 2022, Kuala Lumpuricapital.biz Berhad (ICAP, kod saham 5108), satu-satunya dana tertutup tersenarai di Bursa Malaysia telah sekali lagi mengatasi prestasi Bursa Malaysia dengan pulangan unggulnya seperti yang dilaporkan dalam suku tahun terkini.

 

Pada 13 April 2022, NAB ICAP mencapai pulangan kukuh 1 tahun, 2 tahun dan 3 tahun masing-masing sebanyak 9.13%, 28.94% dan 6.46% (Jadual 1). Begitu juga dengan harga sahamnya, yang menjana pulangan unggul masing-masing sebanyak 21.50%, 18.50% dan 2.37% (Jadual 1). Kedua-dua NAB dan harga saham ICAP telah mengatasi prestasi Bursa Malaysia, yang hanya mendapat pulangan - 0.03%, 17.78% dan -2.02% dalam tiga tempoh masa tersebut.

(Jadual 1)

Pulangan 1 Tahun Pulangan 2 Tahun Pulangan 3 Tahun
NAB ICAP 9.13 % 28.94% 6.46%
Harga Saham ICAP 21.50% 18.50% 2.37%
Bursa Malaysia -0.03% 17.78% -2.02%

 

Selain pandemik COVID-19 global yang berterusan, Krisis Ukraine dan wabak pandemik semasa serta penutupan di Negara China, dunia telah bergerak dari satu krisis ke krisis seterusnya. Ditambah lagi pada situasi kompleks ini ialah inflasi yang melonjak di Amerika Syarikat, UK, EU dan banyak negara lain. Disebabkan salah penilaian yang serius terhadap trend inflasi semasa, Rizab Persekutuan AS kini berada dalam mod panik dan terpaksa mengetatkan dasar monetari AS secara agresif yang berkemungkinan besar akan mendorong ekonomi AS ke dalam kemelesetan. Walaupun begitu, ICAP telah menunjukkan prestasi yang sangat baik.

 

i capital.biz Berhad sentiasa diuruskan dengan cara yang membolehkan pemilik sahamnya dapat tidur lena pada waktu malam kerana mengetahui simpanan hasil titik peluh mereka berada di tangan yang betul. Saya juga telah menguruskan icapital.biz Berhad dengan cara yang berikut pada masa krisis atau keperluan yang teruk, icapital.biz Berhad sentiasa ada untuk pemilik sahamnya. Ini dapat dilihat dari dividen khas “Covid Relief” bernilai RM28 juta. Bukan sahaja saya telah mencapai semua perkara di atas, i capital.biz Berhad juga telah memberikan pulangan yang lebih baik kepada pemilik sahamnya dan masih menambahkan nilai tunai yang banyak”, kata Tan Teng Boo, Pengurus ICAP dan Capital Dynamics .

 

Permata Yang Jarang Ditemui

ICAP ialah dana yang fokus kepada Malaysia dengan objektif peningkatan modal jangka panjang berdasarkan falsafah pelaburan nilai Bamboo Capital Dynamics. ICAP tidak dibenarkan menjual jangka pendek, melabur dalam derivatif atau melakukan sebarang pinjaman.

 

Dana tertutup yang diurus dengan baik seperti ICAP merupakan produk pelaburan yang sangat baik untuk pelabur individu, terutama semasa kegawatan seperti sekarang. Walau bagaimanapun, selepas beberapa dekad, masih hanya satu dana tertutup tersenarai di Bursa Malaysia. Terdapat banyak dana tertutup di Bursa saham London, Sydney dan New York. Untuk Bursa Malaysia mencapai peratusan yang sama seperti London, pasaran saham Malaysia sepatutnya mempunyai lebih daripada seratus tiga puluh dana tertutup disenaraikan, bukannya hanya satu ICAP tidak diragukan adalah pelaburan yang bernilai.

 

Dengan NAB sahamnya iaitu RM3.22 pada 27 April 2022, harga saham ICAP hanya RM2.18. Ini membuktikan bahawa ICAP benar-benar permata yang jarang ditemui untuk pelabur jangka panjang.